Tuesday, September 27, 2016

Pelakon Amar Asyraf Cacat seumur Hidup Akibat perbuatan khianat


Pelakon Berbakat, Amar Asyraf, 30 Tahun, mengakui kecacatan yang dialami akibat disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung.
Umpama peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitupun, peminatnya usah perlu risau kerana kecacatan pada bahagian kiri wajah

Amar atau nama penuhnya Amar Asyraf Zailudin bukanlah bersifat kekal. Sebaliknya ia hanya kekurangan yang terpaksa ditanggung oleh karakter bernama Indra
lakonannya dalam drama Mungkin, iaitu naskhah diangkat daripada novel karya CT Jasmina. "Saya melakonkan watak Indra iaitu kembar kepada Intan. Parut pada
wajah itu ialah kesan daripada insiden disimbah air panas ketika berada di bangku sekolah. Indra terpaksa menanggung malu, hidup dengan kecacatan itu seumur

hayatnya. "Bukan mudah untuk menjayakan watak ini kerana kesan parut yang diletakkan pada muka membuatkan saya kurang selesa. Biarpun tidak memakan masa yang
lama untuk membuat kesan khas itu, namun ia perlu ditambah sekiranya ada bahagian yang terkoyak. "Malah, saya juga perlu membiasakan diri dengan adanya kesan
khas itu pada wajah kerana ia turut mempengaruhi banyak perkara seperti cara percakapan dan makan.

Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu berkongsi, telefilem itu bakal ditayangkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia
pada penghujung tahun ini. Dalam perkembangan terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan diri daripada dunia teater.
Beliau yang sebelum ini lebih selesa bergerak di belakang tabir dengan berada di bangku pengarah, namun Amar nyata tertarik dengan tawaran yang diberikan kepadanya.
KLIK SINI !!! UNTUK MELIHAT VIDEO BELIAU !!!


0 comments:

Post a Comment