Tuesday, September 20, 2016

Penyanyi Amira Othman berlakon dalam drama Abang Bomba I love you

Penyanyi dan pelakon Amira Othman menjelaskan dia tidak didukung oleh pelakon Hisyam Hamid dalam salah satu babak drama Abang Bomba I Love You, sebaliknya tempatnya itu menggunakan khidmat pelakon tambahan.
Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 23, berkata, dia sentiasa mementingkan batas-batas dalam lakonan yang tidak sesuai bagi seorang wanita berpenampilan bertudung.
"Ramai bertanya tentang babak dukung itu, wanita yang kena dukung itu bukan saya tetapi orang lain, jangan risau kerana saya akan jaga batas-batas dalam lakonan.

"Insya-Allah, saya bawa imej wanita bertudung dan saya tahu sejauh mana batas-batas yang perlu dijaga," ujarnya.
Image result for Penyanyi Amira Othman berlakon dalam drama Abang Bomba I love youAmira menjawab dakwaan pihak mempersoalkan salah satu babak dia terperangkap dan pengsan sehingga didukung oleh gandingannya dalam drama itu, Hisyam Hamid.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Hati-Hati ini berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk berlakon sebagai watak utama dalam drama tersebut.
"Saya bimbang juga ketika diberi watak utama kerana saya tidak pernah berlakon sebelum ini, namun saya berterima kasih kerana memberi peluang kepada pendatang baru seperti saya.

"Tentang reaksi penonton itu saya ambil yang membina dan saya akui perlu banyak berlajar untuk perbaiki lakonan saya pada masa akan datang," ujarnya.
Dalam pada itu, Amira berkata, cabaran utama dalam drama tersebut ialah banyak bermain dengan emosi dan perlu menangis.

Tambahnya, dia perlu mengambil masa untuk mendapatkan rasa sedih sebelum menjayakan babak sedih.
"Watak saya perlu banyak bermain dengan emosi dan menangis sedangkan saya bukan seorang yang mudah menangis.
"Nasib baik pengarah sangat memahami dan beri saya masa untuk ambil mood sedih sebelum mula penggambaran," ujarnya.

KLIK SINI !!! UNTUK MELIHAT VIDEO BELIAU !!!



0 comments:

Post a Comment