Sunday, October 2, 2016

Zila Seeron Dan Khairul Azizi mengaku khalwat didenda Rm2500 di makamah syariah

Bekas isteri pelawak, Along (Cham) iaitu Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini,
pada Khamis kerana berkhalwat.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu.
Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28 Tahun, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32 Tahun, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat
di rumah lelaki itu di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda
maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zila Seeron yang bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan
dengan alasan baru saja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

"Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment